Ini gambar market mutlak.

Gambar perasan handsome. Come on! Give me a chance to post my picture once in a while. Aku takda akaun Mukabuku, aku ada akaun Maybank saja. Tapi akaun Maybank aku takda duit, bukan macam akaun bank Bill Gates.

Dalam gambar tu aku pakai cermin mata Jeal Paul Gaultier. Bukan aku punya, tapi kepunyaan apek jiran aku, Christopher Ting Kah Ming yand dibeli dari eBay, bernilai hampir RM400. Murah la tu, jika dibandingkan dengan bingkai-bingkai jenama ayam di Malaysia yang dijual pada harga yang sama. Balik Malaysia, aku perlu tempah cermin mata baru. Bingkai cermin mata lama dah patah, and as for the new spectacles i made last summer, the lens prescribed seems to be much inferior in power compared to what my eyes require. The world blurs everytime i wear them.

Christopher cadangkan bingkai Marc Jacobs dari ebay. Aku bukan jenih branded sangat (habes branded pun adidas dan nike saja), tapi kalau murah aku cakap ok saja.

Kawan-kawan cakap aku nampak muda bercermin matakan bingaki JPG tu. Aku tak habes-habes perasan handsome.

Aku rasa, lelaki terutamanya, banyak bergantung pada ego. Ego fuels that engine in them. Some feed on ego and die if the ability to exert that ego is suppressed. Banyak laki-laki tengok cermin tiap pagi, berus gigi, puji diri depan cermin. In a sense it does help to boost confidence. Macam sesi self motivation tanpa bayaran, percuma sahaja.

"Handsomenya aku pagi ini."

"Macho jugak aku rupanya."

"Siapa mamat handsome dalam cermin ni?Laa..aku rupanya!"

Kadang-kadang ada yang kagum dengan kebolehan masing-masing seperti kebolehan bermain bola, memancing ikan mahupun perempuan, bermain DOTA, memasak atau apa-apa sajalah. Aku rasa memang perlu, tapi janganlah sampai timbul perasaan riak dan takbur itu. Manusia ni senang tumpas dengan lontaran pujian. Bila dipuji sikit, rasa macam melambung tinggi darjat.

Ada yang perasan diri tu best sangat, nasihat apa pun didengarnya tidak. Aku pun kadang-kadang susah nak terima nasihat orang. Ego habes.

Aku rasa aku takda ego sangat. Cuma bila aku cakap aku handsome, aku ungkapkan dengan perasaan ikhlas dari hati aku.

Aku rasa, ego jualah yang menghalang kawan-kawan aku dari memuji ke-handsome-man aku.

"Kau nampak mudalah pakai spec Jean Paul Gaultier tu."

I understoood that pretty well.

In other words, "You look rather handsome today."


PS : Gambar ini untuk menyedarkan anda bahawa blog ini bukan ditulis oleh seekor panda. Tapi kalau kau nak puji aku comel macam panda, aku terima seadanya dengan hati terbuka. Ahli kugiran kegemaran aku ketika ini, Animal Collective, salah seorang ahlinya bernama Panda Bear. Tapi aku homo sapiens. Aku makan nasik, bukan makan buluh.

7 comments:

jatdin said...

a narcissist indeed heh? hehe.

QifA said...

haha. just for fun.

Emma Homestay Bandar Tasik Puteri said...

oit, aku ade bingkai baru beli. besar warna hitam. Nak?

cherrap said...

haha..keperasanan hang mmg tak bleh blah..
p/s : esok ptg jom mkn..

QifA said...

jenama apa sdar? tebal x rim? kasik tgk nnt.

haha.jom gerak cherrap!

Emma Homestay Bandar Tasik Puteri said...

tebal jugak la.. xde jenama pon. haha. bole2 nnt sabtu ni aku bwak.

QifA said...

davai sdar! nnt aku tgk. kalau kau nak hadiahkan aku bingkai itu, aku terima dengan hati yang terbuka.bwahaha

top