Assalamualaikum..

Ehem ehem. Sejuk hati aku baca berita MRSM Langkawi top yang Paksu e-melkan.

Masuk tahun ni MRSM Langkawi dah 10 tahun.

Waktu form 1, dua kawan sekolah rendah aku Mohd. Nur Shuhud dan M.Ilyas Zubir melanjutkan pelajaran ke MRSM Langkawi. Sebelum M.Ilyas Zubir belajar di sana, dia sempat bermain muzik bersama-sama dengan Pancaragam Besi Buruk terkenal di Alor Star, Pancaragam KSAH.

Siap letak gambar kat blog dia. Pergh.

Sekarang dah ramai mula kerja. Geng trek pantas akaun. Trek pantas kejuruteraan. Trek pantas AUSMAT.

Kesombongan aku menyebabkan aku kurang berinteraksi dengan geng MRSM. Aku diam sangat. Kat forum pun jarang bersuara.

Introvert-lah kot.

Aku ingat lagi apa aku cakap kat saudara Mohd. Rashdan waktu pertama kalinya dia ingin menganjurkan kem motivasi di Langkawi (2006) :-

"Aku tak suka kem-kem motivasi ini."

Jiwa remaja lagi ketika itu. Jiwa memberontak. yaa..

Tapi sekarang baru aku nampak kesan kem-kem ni. Tahniah saudara Rashdan Saad.

Aku rasa cadangan menubuhkan alumni MRSM Langkawi yang dibincang beberapa tahun dulu patut diteruskan dan menumpu ke arah program-program seumpama ini. (ayat skema) Ini mungkin tujuan jangka masa pendek. Mungkin kewangan kita nanti tidak cukup untuk menaja pelajar, tetapi mungkin boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain di MRSM contohnya untuk program-program minggu aktiviti dan untuk SPM.

Mungkin tanggungjawab lagi besar sekarang, memandangkan adik-adik sekarang dah bukan bitara lagi. Mungkin perlu menyedarkan mereka bitara tu hanya status semata-mata.

Mungkin ada yang ingin melakar logo yang sesuai untuk alumni ini, dan kemudian mungkin ada yang ingin membuat merchandising bagi mengutip dana untuk persatuan ini. Kewangan sangat penting dol. Boleh jugak mintak derma nanti.

Bagi sesiapa yang akan menghadapi exam final April/Mei ini, budak-budak engineering kebanyakan, aku ucapkan selamat maju jaya. Buat elok-elok. Jadi engineer-engineer yang mantap dunia dan akhirat. Juga ditujukan kepada kawan-kawan kejuruteraan non MRSM Langkawi aku. Dapat kerja elok-elok, nanti blanja aku minum milo ais.

4 comments:

Yopiscky said...

owh..adakah ini tindakbalas berbalik?
membiarkan nama penuh aku tersebar begitu saja..royalti mana?

QifA said...

royalti pegi mintak kat kerajaan terengganu.

haha.

tindakbalas lah kot.

Kamal said...

lorh. yopsicky ni mat yop kaa? ingatkan sape..

Yopiscky said...

lorh..manada..ni shuhud ni
wahaha

top