Atau sains dalam bahasa Melayu? Matematik pun ikut samalah. Maths and science, they're merpati dua sejoli.
Aku nampak A. Samad Said dalam Utusan Melayu (akhbar kerajaan) beberapa hari lepas. Muka dia sama macam aku jumpak kat MPH Midvalley. Janggut dia menjadi janggut idamanku.
Sebelum mula aku ada satu pengumuman.
Liverpool 4 - 0 Real Madrid. Bukan 1, bukan 2, bukan 3.
Aku sokong sains dan matematik dalam bahasa penjajah, bahasa omputeh.
Sebenarnya aku agak biased dalam hal ni. Aku tak suka sangat bahasa Melayu. Kemungkinan trauma psikologi waktu sekolah dulu. Setiap kali buat karangan, kalau tersilap satu ayat di permulaan karangan, karangan aku dikira batal.
Keluar tajuk. Walaupon isi-isi penting kat bawah tu boleh dipakai. Kat MRSM, ada 2-3 kali saja aku dapat A dalam subjek bahasa Melayu. Most of the time dapat C.
Rigid sangat. Tension aku. Sebab itulah aku ada vendetta against Malay language ni. Sebab tu aku lebih suka tulis di dalam broken English aku ni. Kalau BM freestyle aku layan je.
Tapi aku suka bahasa Kedah. Bahasa ayahanda, ibunda, kakanda aku. I'm a Kedahan first, Japanese second, Malaysian third.
Malaysia baru nak 52 tahun merdeka. Kemajuan dalam sains dan teknologi tak ke mana lagi. Kita banyak belajar ilmu orang sebab ketinggalan sangat.
Kita bukanlah pelopor dalam apa-apa bidang. Kalau kita tengok zaman dulu sekali pon, bagaimana Al-Kindi dan Al-Farabi belajar falsafah Yunani di dalam bahasa Yunani lah, sebab Yunani pelopor di dalam bidang itu. Aristotle, Plato dan rakan-rakan nerd yang lain.
Lepas tu terjemahkan ke dalam bahasa arab.
Sekarang English ni dah jadi macam lingua franca. Bahasa pengantara di dalam sains dan teknologi. Diorang banyak menjadi pelopor pelbagai bidang. Jadi bagi aku, tak salah kalau kita merendahkan diri belajar dalam bahasa asing dulu.
TAPI aku baru dapat tahun bukan semua orang senang nak paham bahasa omputeh. Rumet aku, mak dia cikgu. Bukan setakat bahasa Inggeris, bahasa Melayu pon susah nak blajar bagi sesetengah bebudak. Kesian jugak kalau nak dipaksa belajar dalam English ni.
Jadi mungkin pada saat kita 52 tahun merdeka ini, jika kita dapat menguasai dan mempelajari ilmu-ilmu sains dan teknologi di dalam bahasa Inggeris dan kemudian menterjemahkan di dalam bahasa Melayu dan mungkin 50 tahun kemudian (diharapkan lebih awal), ilmu dapat disampaikan di dalam bahasa Melayu supaya lebih mudah difahami.
Membina ketamadunan ilmu bukan senang ya adik adik. Kalau nak guna bahasa Melayu pon, perlulah planning yang betul. Janganlah dibandingkan dengan senang dengan tamadun-tamadun Arab atau Barat yang dah lama diasaskan itu dan yang telah memberi bermacam-macam jenis sumbangan di dalam sains dan teknologi.
Mungkin pelajar-pelajar medic Russia dapat menterjemahkan karya-karya Piragov dan Sechenov ke dalam bahasa Melayu, pelajar-pelajar Jepon dapat menterjemahkan karya-karya mamat-mamat yang bina skyline GTR tu ke dalam bahasa ibunda. Dan yang belajar di UK dan USA boleh jugak translate karya-karya agung engineering/medic/architecture ke dalam bahasa Melayu.
Mungkin ini pengorbanan yang kita perlu ambil.
(banyaknya aku punya mungkin)
Ini bukan sekadar soal bahasa, bagi aku ini soal budaya ilmu yang masih kurang di Malaysia. Soal mentaliti. Bukan nak kutuk orang, aku pon sama. Kita perlu sedar di mana kita berada.
Kalau dulu orang luar boleh belajar bahasa Melayu di zaman kesultanan Melayu Melaka sebab Melaka maju dan ingin berniaga dengan Melaka, kita juga perlu sedar siapa yang lagi maju dari kita sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
OZZ dalam ruski.dem!!haha
boleh la translate OZZ ke dalam bahasa ibunda..lagi senang aku paham.hoho
i'm totally agree with u bro..
haha tiba2 aku komen bahasa inggeris.
aku sebenarnya tadak opinion dlm isu ni..aku pon tak pnah blajar math n science dlm english masa sek ren dulu.
TAPI..bila benda ni dipolitikkan menjadikan aku jadi tak suka sangat dengan topik ni sebenarnya huhu
ya terlalu politik sangat. aku benci bila jadi tunjuk perasaan semua ni.
bawak berbincang dulu apa2 pon. bincang pros and cons.
ini mmg my humble opinion.
salam ziarah...
Nice article
lagi satu aku lupa nak cakap.
kerajaan ni terlalu tergesa gesa nak implement benda ni, hinggakan ada cikgu yang tension mengajar, anak-anak murid pon x paham.
sikap terburu-buru membawa padah. yaa..
mereka patut mengambil inisiatif tersndiri untuk mengatur strategi yang lebih berkesan untuk memastikan ia jalan dengan berkesan, bukan memberi beban.
mak aku cakap die okay je mengajar dlm english. tp preparation la ambil masa yg lama. eventhough, kalau budak2 tak paham, die explain dlm bahasa melayu. aku rasa budak2 at least kene exposed dgn english macam mana pon. kene start dari peringkat rendah. bila asas dah kukuh, baru senang nak bawak ke peringkat lebih tinggi.
dengan asas yang kukuh, segalam impian boleh menjadi kenyataan.
cikgu mana ntah cakap ni?
Hang ni afiq mudoh sangat terpengaroh ngan mahathir. Bukan semuo dia cakap tu betol.
Apo yang budok2 dok blajar kat skolah tu benda2 asas jo. Tak perlu dok blajaq dalam bahaso inggerih. Yang penting, depa boleh paham kemahiran dan penhetahuan asas dalam hidop. Yang kito duk perlu blajaq dari org putihh tu hak yang tinggi2 tu. Ni bendo yang asas pun budok duk pahom camno. Hang jgn pikiaq duk org yang pandai2 jo. Bukan semua org camtu. Mungkin yang pandai2 jadik makin pandai, abih yang biasa tu duk jadik makin bodoh. Cuba hang pikiaqkan.
Kalau hang duk kata temporary je dalam bahasa org putuih, kasik ah guno kat universiti. Situ ah tempat tuk orang pandai2 yang duk nak blajar ilmu tinggi2. Kalo hang nak kata nanti diorang susah nak blajaq dalam bahasa org putih kat uni sebab diorang dok maher, sruh ah kerajaan pertingkatkann keberkesanann pembelajaran bahasa inggeris di sekolah. Duk payah sentuh sains dan matematik.
Maaflah kalo penin duk baco komen aku. Sebab aku raso lah kan, ginilah cara org melayu duk tulih 10 tahun dari skrang kerno dah lupo bahasa sendirik.
bukan nak pk mahathir je azzad. mmg aku byk stuju dengan dia. tp bukan buta-buta. ini kenyataan nyata dari aku. itu dah ke arah membuat kesimpulan mudah yang aku mencuri idea tanpa memikirkan baik buruk.
itulah aku cakap.asas kena bagi kuat. so dat kat uni boleh catch up lagi cepat. bukan terburu-buru. nak bagi mudah.
dan aku dah mention bukan semua orang boleh paham bahasa inggeris.
itulah aku cadangkan, mungkin generasi masa kini yang boleh belajar dalam bahasa inggeris dengan lebih awal, so dat kat uni boleh betul-betul tangkap apa yang dipelajari.
dan mayb nnt boleh permudahkan translation ke bahasa Melayu untuk kegunaan mereka yang kurang mahir berbahasa inggeris.
dengan kata lain, aku nak cakap susah dulu sekarang, senang kemudian.
Aku sayang bahasa Melayu. tapi aku bukan bersifat ultra buta-buta. aku masih berinteraksi dalam bahasa melayu. tapi bukan bahasa melayu baku macam kau pakai kan? kau memang memartabatkan bahasa melayu, aku respek.
aku boleh saja menulis dalam bahasa baku, tapi aku tak gemar. aku suka bahasa kedah.
Aku paham sangat dengan apa kau cakap tu. apa yang kau cakap tu lagi senang aku paham. tak pening langsung. aku lagi suka kalau 10 tahun akan datang orang melayu semua tulis lepak-lepak macam ni.
peh, komen pun dah macam entri dah..apa kata kalau melayukan inggeris?macam russia buat, russiakan inggeris dan latin..
tapi apa2 pun setuju ngan afiq, pasal melayu lepak2,melayu kedah, bahasa kelantan..melayu jugak tu..
aku rasa budak kat kelantan still belajar dalam bahasa kelantan..haha
memang tu yang dibuat dalam sains dan maths sbb kebanyakan definisi dipinjam dari inggeris.
aku yakin orang kampung pon boleh berbahasa inggeris. tak kisahla orang kedah ka, orang kelantan ka. manusia sama saja.
erm...aku setuju je belajar dlm inggeris..kita nak blaja ilmu urg beb...mcm skang..kat russia...russia gempak medic..tp sbb kita tak paham bahasa derang sgt...tak dpt 100% ilmu tuh...sama gak mcm ms aku blaja inggeris kat uni..term science aku tk paham..boleh pulak anak buah aku bgto...malu den..haha..papa pun..usaha tuh kena menyeluruh..bukan budak2 ja..tak kisah budak kampung ke apa ka...usaha sama2...pendek kata aku setuju la ma kau fiq~~
anonymous ni mcm kere je..btul dak?hoho
Post a Comment