Sebelum aku cakap benda yang serius, harini aku nak cakap pasal gusti.

Bukan gusti lengan. Sukan yang sungguh gay di mana 2 lelaki berpegang-pegang tangan. Bukan juga gusti Greco-Roman. Itu lagi gay, berpeluk-pelukan di atas lantai. Tapi aku maksudkan ialah gusti lah, yang paling gay antara ketiga-tiga jenis gusti ni, yang biasa ditayangkan di TV tu.

Taktau kenapa, aku sungguh tertarik dengan gusti WE (dulu WWF). Ramai kata ini hiburan tahap rendah, tapi aku apa kisah. Aku tak tengok Doktor Rumah, Anatomi Kelabu, Pembisik Hantu, Gadis-gadis gosip, Duit kotor seksi atau serial yang lain. Aku bukan kaki series atau kaki televisyen, cuma kalau terbuka TV, ada wrestling, aku tunggu tengok sekejap.

Kebanyakan cerita-cerita ini mempunyai watak-watak yang pretentious, konon-konon merekalah orang paling penting di muka bumi ini.

Tapi aku tengok jugak Nur Kasih balik Malaysia haritu. Dan aku rasa series terbaik adalah '6 kaki dalam', cerita pasal pengurus rumah mayat dan keluarganya yang tak dapat melarikan stigma minda daripada kematian dan pengendalian mayat yang dicop oleh masyarakat sekeliling.

Aku rasa gusti 90an adalah antara era terbaik sekali. Terbukti sekali ia era terbaik kerana DegenerationX kembali wujud di WE sekarang kerana mereka sedar populariti gusti era 90an.

Gusti sungguh stereotype dan predictable. Tapi aku still suka.

Tiap minggu ada saja yang kena penangan 'Siku Rakyat' dari The Rock. Teruk lagi, kena pencak 'Batu Nisa' Undertaker. Tak puas lagi, ada yang kena sepakan maut 'Musik Dagu Manis' Shawn Michaels. Tapi paling aku suka bila tengok Dudley Boyz keluarkan meja untuk buat slam.

Tiap minggu kau akan tengok benda yang sama. Pukul skit-skit, emosi terlebih. Kena slam sikit, sakit macam kena sebat di dalam mahkamah sivil.

Tapi still aku enjoy. Aku selalu sembang dengan Ilyas Zubir, rakan karib aku pasal gusti waktu sekolah dulu. Kami bincang gusti dengan penuh intonasi intelektual. Apatah lagi dia, suka bergusti dengan abangnya di rumah. Macam-macam jenis gerakan dah dicubanya.

Apa pengajaran yang aku dapat? Tiada apa-apa. Sebab itulah ianya entertainment semata-mata.

Tapi rasanya lepas ni, aku nak berhenti tengok wrestling. Selalu sangat The Rock menang, tak pon John Cena.

Life goes on. Mungkin aku nak tengok tinju muai Thai kot lepas ni.

2 comments:

Ilyas Zubir said...

putar balik ke taun 96..
time tu ang dah mula tengok gusti kat astro tp aku masih lagi sewa video tape setiap minggu semata2 nak tengok gusti..skang aku dah tinggal wwe, dah merepek sangat jalan cita dia..rindu zaman bret hart dulu haha

p/s: sampai skang aku ngan abg aku bukan gay ya!

QifA said...

ramai jugak org suka bret hart. aku sungguh tak suka dia la. harap submission saja. bosan.

lupa nak cakap, stone cold stunner pun mantap jugak.

zaman sewa video tu, macam dah zaman purba.haha

top