Bangun pagi ini, tatkala matahari memancarkan sinar UV yang membantu menghasilkan Vitamin D dalam badan, terlintas niat di hati kalbuku untuk menulis di dalam bahasa ibunda, bahasa Melayu.

Nak kata aku mimpi cikgu BM aku, tak jugak. Nak kata aku mimpi pun, aku tidurr mati malam tadi selepas mengintoksikasikan badan aku dengan makanan-makanan berminyak bin berlemak.

Teringat zaman aku pernah tulis bahasa Melayu di dalam 'between faith and football', walaupun seketika. Aku gabungkan minat bola sepak dengan sisipan keagamaan. Ramai komen ia lawak. Aku pun rasa ia bangang bin lucu.

Zaman kanak-kanak kot. Belum betul-betul dewasa. Kids say the darnest things.

Ada kata aku lepas geram. Mungkin benar, mungkin tidak.

Memang penulisan bergantung kepada pembacanya. Kau tidak tahu pun isi hati aku, aku pun taktau apa isi hati aku sebenarnya. Aku ikhlas atau tak, geram atau sayang, rindu atau benci, aku serahkan kepada Tuhan yang Maha Esa untuk menilaiku dari ujung rambutku yang makin menipis, hinggalah ke jiwaku yang misteri.

Macam Butterfingers pernah bagi tazkirah (peringatan), "Dosa dan pahalaku, Tuhan saja, Tuhan saja yang tahu," di dalam lagu 'tentang-tentang'.

Grunge rockers pun punyai emosi.

Apa-apa sajalah!

0 comments:

top