(((((Sila pasang Piano Concerto No. 5 in E-Flat Major oleh Beethoven untuk memantapkan pengalaman membaca post ini)))))

Kata-kata Ustaz Ayob (atau kadang-kadang dikenali sebagai Ustaz Boya jika namanya dibaca dari belakang dan juga kerana kegarangan beliau) di tingkatan 3 masih terngiang-ngiang di setiap pusingan koklea ku.

Ayat keramat.

"Lepas 23 tahun, kena insaf dah. Sebelum tu nak enjoy boleh la." Ia diingiringi dengan senyuman sinis penus sangsi.

Mungkin di sebalik senyuman itu, ustaz ini punk rock dulu. Dengar the Ramones? Lepas tu insaf pada umur 23?

Harini aku dah ganjil 23 tahun. Kata orang, "Age is just a number."

Lonjatan dari nombor 22 ke 23 disulami dengan adegan-adegan pelbagai rupa bukan saja kepada diriku, tetapi juga di sekelilingku. Ada sulaman yang halus, semestinya wujud sulaman yang kasar. Jika digambarkan, mungkin hasilnya satu lukisan abstrak yang tidak difahami maksudnya. Jika dinovelkan, mungkin nukilannya merupakan epik tetralogi yang belum ada penghujungnya.

Tiada siapa yang nampak kesudahan hidup masing-masing. Kecuali Tuhan yang merancang. Yang aku boleh buat ialah menapis pengalaman, mengambil yang positif dari yang negatif, baru boleh progresif.

Pada umur 23, rambut ku menipis, cermin mata menebal, musculus rectus abdominis 6 ketul yang aku idamkan mungkin sudah tak kecapaian. Perut ni satu bungkusan pukal, berlipat-lipat macam tayar basikal.

Petang ini sejuk, bukan sejuk cuaca. Sejuk dngan kesyukuran kerana masih dikurniakan peluang.

Satu petang lebih untuk berdoa.
Satu petang lebih untuk bertaubat.
Satu petang lebih untuk merenung diriku dalam cermin dan berkata, "aku masih hidup rupanya, dan masih handsome rupanya."

The trick to keep alive is to keep breathing. Dan Alhamdulillah, aku masih bernafas walaupun tersekat-sekat akibat allergic rhinitis.

PS : Selamat hari lahir Chapo (6 June), Pidud (8 June), Abe (9 June). Aku tak ingat sangat birthday orang, tapi yang ini aku ingat gak.

5 comments:

nabilah said...

selamat hari jadi yer afiq.
semoga diberi pertunjuk selalu =)
wishing u the best in life always.
good luck in your exams.

QifA said...

hehe. thanx nabilah azman.
the same goes to you. good luck for surgery.
and hopefully you're gonna be happy always.

YaT said...

slamat hari jadi afiq yeah...

hg ni minat betui la dgn ustaz daud ( betui kn nama tu ??)nye phylosophy..

tgk je tv tu..sumer dalam otak hg dah.cuma hg xsedar je..

YaT said...

eh..ustaz ayob..haha..aiyoyoo..nama cikgu pn aku ble lupa..xberkat la ilmu tu..

QifA said...

haha..apa la hang yat nama ustat pon dah lupa.

ya ka dalam otak aku dah?haha..kalau dalam otak mmg aku kerja makan n tdoq saja la ni.

top