30 : 23 - And among His signs is the sleep that you take by night and by day, and the quest that you (make for livelihood) out of His bounty: verily in that are the signs for those who listen

atau dalam bahasa Melayunya, bahasa ibunda : -

30 : 23 - Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahanNya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).

Malam tadi aku tak boleh tidur. Pusing kiri. Pusing kanan. Tidor meniarap. Tidor mengiring. Tidor bilang kambing biri-biri. Tidor bilang duit dalam bank. (tak banyak pon)

Orang cakap tak elok tidor meniarap, tapi aku buat jugak.

Tidor elok/afdal tak silap aku tidor mengiring sebelah kanan badan.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim maksudnya :-

"Jika kamu akan tidur maka berwuduklah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa dan jadikanlah doa itu yang terakhir daripada bacaanmu."

Tapi still tak boleh tidor. Barangkali aku tak berwuduk.

Insomniac. Nak jadi gila aku. Bengang tak tentu pasai. Otak dah jam.

Aku bangun kejap dan baca diari dari Gaza kat aljazeera. (macam rhyming bunyi)

'I have had 8 hours of sleep since the beginning of this conflict; we can hear attacks almost every minute.'

Bukan lapan jam sehari, 8 jam tidur dalam tempoh lebih seminggu!

Dan aku tak senang, complain macam-macam lebih daripada kucing nak beranak. Baru semalam tak boleh tidor nyenyak.

Aku bangun pagi ini dan search 'sleep' di dalam al-Quran. Sekadar ingin berkongsi kelemahan diri. Moga-moga diberkati.

0 comments:

top